ku insan biasa
Sunday, 16 March 2014
Gerak Tari Aku
ketika ini..
aku hanya ingin menari,
menari mengikut irama diri,
ketika diri masih mencari sinar suria,
pada ketika waktu masih gelita..
ketika ini..
aku hanya ingin berenang,
berenang dalam arus kehidupan,
walaupun aku tahu arusnya bercabang,
kerna aku masih berpeluang..
ketika ini..
aku hanya ingin terbang,
terbang segagah sang helang,
kerna aku ingin yang gemilang..
*ALLAH~ ^^,V <3 <3
DIA
Dia.
Kegelapan yang berlalu pergi,
Menampakkan pengganti,
Suria indah mula meninggi,
Bersama teduhnya pohon yang dingin.
Pancaran jingga menghapus mimpi,
Membawa jiwa di dataran baru.
Realiti yang ingin aku jalani,
Selangkah kaki melangkah pergi.
Berlari masih berlari,
Hingga terjumpa dia di sini,
Kaki terhenti dari melangkah,
Menyatakan sebuah pertemuan.
Banyak yang telah diselami,
Luas juga yang di kenali,
Erat sudah ikatan terjalin,
Keinginan masih lagi tersembunyi.
Sampai saat semuanya lantang,
Meluahkan apa perasaan,
Tanpa menduga hasil bagaimana,
Ternyata kelainan yang dirasa.
Sebagaimana tersembunyi kata,
Sebegitu juga terluah bahagia,
Walau hanya seketika,
Namun ia menjadi sebahagian kita,
Terus dan terus menjadi kenangan.
turtle ganu (1990)
Assalamualaikum adik..
Adik..
Mak nak minta maaf kat adik..
Mak bukan seorang mak yang sempurna..
Mak tak mampu nak bagi kat adik, apa yang mak orang lain bagi kat anak mereka..
Adik.. mak minta maaf..
Adik..
Maafkan mak,
Mak tak mampu menyusukan adik dengan susu yang mahal..
Mak tak mampu bagi adik makanan yang sihat..
Mak tak mampu beri adik makanan yang sedap2…
Mak hanya mampu lenyekkan nasi kosong je..
Tiada rasa.. kosong dik..
Adik..
Mak masih ingat sewaktu adik berusia 5 tahun…
Waktu tu ayah adik baru dapat upah,
Ayah bawak kita jalan-jalan kat pasar malam..
Adik Nampak mainan cantik, ye ! lori kesukaan adik..
Adik merengek mahukannya..
Ayah pujuk adik, ayah kata,”adik, nanti ayah kumpul duit,ayah belikan yang lagi besar untuk adik, adik sabar ye”..
Adik gembira dan ayah tersenyum..
Tapi mak tahu, senyuman ayah dibuat-buat dik..
Mak mintak maaf, kami tak mampu sediakan mainan untuk adik..
Adik..
Mak ingat lagi..
Sewaktu adik bersekolah di sekolah rendah dulu..
Adik tunjuk kat kat mak seluar adik koyak..
Maafkan mak dik, mak mampu tampal je.. mak tak ada duit nak beli yang baru..
Duit yang ada mak kena simpan, nak beli makanan untuk kita..
Adik, sewaktu adik tunjuk kat mak yang kasut adik dah berlubang..
Adik cakap, kawan-kawan adik ejek adik..
Mak janji, mak akan cakap kat ayah, mak akan suruh ayah beli yang baru..
Maaf adik, mak tipu.. mak tak cakap kat ayah..
Mak tahu ayah tak ada duit.. duit upah ayah cukup-cukup makan kita sekeluarga..
Mak pinjam duit nenek.. tapi mak tak tahu bile mak nak pulangkan balik..
Tapi mak gembira tengok anak mak senyum..
Anak mak tak diejek lagi..
Adik..
Mak nak minta maaf lagi..
Adik ingat tak masa adik masuk tingkatan 1?
Mak tengok adik makin besar..
Mak intai adik masa adik tengah bersiap-siap nak ke sekolah..
Adik capai sikat buruk, yang giginya tinggal berapa batang je..
Adik sikat rambut adik, kemas.. ye ! mak tengok hensem sangat anak mak..
Maaf adik.. sikat tu dah lama..
Bukan mak tak nak belikan yang baru untuk adik,
Tapi harga sikat tu boleh beli lauk untuk kita sekeluarga dik..
Kalau mak beli sikat yang baru.. mak takot mak kena hutang lagi dengan kedai mak long..
Mak dah segan dik..
Nanti kalau ayah dapat upah lebih, mak suruh ayah belikan yang baru ye..
Baru senang adik nak sikat rambut..
Bertambah hensemlah anak mak lepas tu.. tapi mak tak tahulah bila mak dapat belikan sikat tu dik..
Adik..
Pagi tu adik panggil mak..
Adik bagitahu mak, minyak rambut adik dah habis.. “mak, tolong belikan yang baru ye, minyak rambut adik dah habis” riang suara adik.. “ye dik, nanti mak belikan”..
Tapi adik.. mak tipu adik..
Pagi tu mak ke rumah nenek..
Mak mintak kat nenek kelapa tua..
Mak balik.. mak kopekkan kelapa.. mak amek santannya… mak masak dik..
Sakit mata mak, asap dapur kayu kita tebal,pedih ! ye dik mata mak pedih..
Mata mak merah, tapi, takpe.. asalkan rambut anak mak kemas berminyak selalu..
3jam mak kat depan dapur..
Sampaikan baju mak bau asap dapur kayu kita dik..
Tapi mak tak kisah.. asalkan mak dapat buatkan minyak rambut untuk adik..
Minyak kelapa yang mak buat tu.. mak tuang kat dalam botol.. supaya nampak cantik..
Mak nak bagi kat anak mak pakai..
Malam tu mata mak tak boleh nak tutup dik..
Mak tak boleh nak tidur..
Mata mak pedih.. mungkin banyak sangat asap yang masuk td..
Ye dik.. mata mak berair.. bukan mak menangis.. tapi dia keluar sendiri..
Maafkan mak dik.. tu je yang mak mampu..
Adik..
Maafkan mak..
Adik ingat tak lagi masa adik cakap kat mak, “mak, adik nak ke sekolah pagi ni, adik pegi dengan kawan adik, keputusan SPM adik keluar hari ni mak, mak doakan adik Berjaya ye”
Mak tengok wajah adik, mak tahu.. adik bersemangat..
Tapi maaf adik, mak tak dapat nak temankan adik..
Tak dapat bersama-sama adik pergi amek keputusan SPM tu dik..
Adik.. mak tunggu adik lama.. mak berdebar-debar tunggu keputusan adik..
Mak ingat lagi.. adik pernah cakap kat mak.. “mak ! mak !.. kalau keputusan adik bagus, adik sambung belajar boleh mak?”.. “ boleh adik, tapi adik kena belajar sungguh-sunggu, nanti dapat jadi macam anak pak ali, boleh jadi cikgu, boleh tolong mak kan..”
Sejuk ati mak masa tu dik.. tapi, hari tu, mak sebak.. mak tak tahu, memang mak yang paling gembira kalau anak mak Berjaya.. mak teringat dik..
Kat manalah mak nak cari duit nanti.. kalau adik boleh sambung belajar..
Upah ayah adik tak seberapa.. mak takot..
Mak takot kalau mak tak mampu tunaikan permintaan adik..
Maafkan mak adik…
Adik..
Maafkan mak..
Mak kagum punya anak seperti adik..
Adik kuat.. adik faham yang keluarga adik tak sesenang orang lain..
Adik ingat sewaktu adik masuk universiti dulu? adik yang paling gembira..
Mak tengok adik tak henti-henti tersenyum..
Ye adik, mak manalah yang tak gembira lihat anaknya berjaya..
Waktu mak dan ayah hantar adik kat sana.. bangga mak tengok anak mak berpakaian kemas..
Tapi adik, Maafkan mak, mak tak boleh lama-lama..
Adik-adik kat kampung tu tak ada orang nak tengok-tengokkan..
Mak minta maaf adik..
Mak tak boleh pergi jenguk adik kat sana..
Jauh.. mak dengan ayah tak ada duit nak pergi..
Adik duk sana baik-baik.. cari kawan yang baik-baik..
Jangan cari masalah.. kita orang susah dik.. adik belajar betul-betul..
Adik, mak nak minta maaf lagi…
Tapi hari tu.. adik telefon mak.. adik kata duit adik tinggal sikit je lagi..
Mak bimbang anak mak tak makan..
Mak bimbang tak ada sapa nak tolong anak mak..
Mak cakap ngan ayah.. mak suh ayah kirim duit kat adik..
Tapi adik tak tahu kan..
Ayah cakap kat mak, dia tak ada duit lagi.. upah tak dapat lagi.. “muka ayah berubah wajah, sayu, mendung dik..” mak tak tahu nak buat macamana..
Lepas tu ayah cakap kat mak, dia suruh mak jangan bimbang.. nanti dia usahakan..
Adik tahu tak…
Petang tu ayah pergi jumpa pak Hassan..
Orang yang selalu mengupah ayah buat kerja tu..
Mesti adik ingatkan..
Ayah mintak tolong pak Hassan..
Ayah kata, “Hassan, tolong pinjamkan aku sikit duit.. anak aku kat sana nak guna duit.. duit aku pon dah tak ada ni.. nanti bile dapat upah aku bayar balik”..
Pak Hassan baik dik.. mujur dia tolong kita..
Dapat juga ayah hantar sikit wang untuk adik..
Adik tak tahu kan..
Lama juga baru lah ayah langsaikan hutang dia..
Tak apa lah.. demi tengok anak-anak kami berjaya..
Tebalkan muka pon kami sanggup..
Jadi kuli orang pon kami sanggup dik..
Adik..
Mak nak mintak maaf untuk segalanya..
Sebab mak tak mampu beri kesenangan kat adik..
Ayah adik tak mampu beri kesenangan kat keluarga kita..
Mak dan ayah nak adik dan anak-anak kami Berjaya..
Carilah yang berkat..
Adik jangan lupa kat tuhan..
ALLAH segala-galanya..
Sampai kat sini je yang mak mampu coretkan..
Walaupun kat mana adik nanti..
Ingat pesan mak..
Buat baik kat semua orang..
Jangan lupa agama..
Maafkan mak..
Mak sayang adik..
Turtle ganu (1990)
#surat dari mak.. (17 mei 2013)
::itu kamu::
aku merenungi jendela..
di temani titisan air hujan yang layu..
sehebat aliran selaut air di mataku..
ku terbayang tika bersamamu..
aku mula mgenali jejak..
mencari konklusinya matlamat..
bertatih menuju cita..
sehingga terdampar di istana ilmu..
mataku kelabu..
jiwaku berdebu..
fikiranku ligat berpusing mencari arah..
suasananya terasa kosong..
berderap langkahku mengatur..
terpijak onak duri..
terjatuh berlumuran lumpur..
aku semakin lesu..
waktu semakin suntuk..
jelasnya tanggungjawab semakin besar..
tp tenagaku hanya sekerat..
hampir terjunam beroleh sengsara..
detik yang berlalu..
hingga sekian waktu aku seakan pasrah..
jatuhnya aku..
hanya berteman air yang suram...
kamu berlalu di hadapanku..
menghulur sedikit senyuman..
ikhlas tanganmu di hulur..
dengan satu ucapan luhur.. "SALAM"..
wajahku ditatapmu suram..
aku disuntik dengan kebenaran..
segala kesusahan adalah ujian..
untuk aku menjadi cemerlang..
tangannya aku sambut..
terus berjalan dan berlari bersamanya..
demi tujuan asalku..
demi impian orang tua..
aku rela..
damping erat dan ketat..
gelak tawa mengisi masa..
aku sudah mempunyai semangat perwira..
akan ku berlawan sehabisnya..
namun tika semuanya mesra..
jantungku berhenti seketika..
perpisahan datang menjemput..
tiada dapat ku tuturkan bicara..
hanya senyuman buat kenangan..
dirimu teman seindah suria..
akan ku takhta di hati ini..
biarpun usia makin menghantui..
kenangan itu tetap bersemadi..
::untukmu teman::
secoret tinta hati..turtle ganu (1990)
Subscribe to:
Posts (Atom)